TERKINI
6:05 AM
CHINA - Jianzhong Shen, 38, mempertahankan rumahnya daripada pihak yang cuba untuk menghalau mereka keluar dengan seni mempertahankan diri yang dicipta oleh Bruce Lee.
Shen dan anaknya yang berusia 18 tahun masing-masing mahir dengan kung fu telah menyerang samseng-samseng yang cuba menghalaunya. Akibat dari pergelutan itu, Shen telah mencederakan 7 orang samseng dan selebihnya telah melarikan diri.
Malangnya, apabila polis tiba, Shen dan anaknya didapati bersalah. Pihak polis mengatakan samseng itu tidak bersenjata. Samseng itu mengatakan Shen dan anaknya tiba-tiba bertindak agresif dengan menyerang mereka sebelum dimaklumkan untuk menandatangani kontrak.
"Mereka mengatakan ia satu projek pembentukan semula, untuk menaik taraf kampung kami menjadi bandar. Mereka mahu meruntuhkan semua kawasan ini dan berjanji kami akan mendapat sebuah rumah baru yang sama dalam tempoh dua tahun, tetapi saya mendapat tahu orang di sebuah kampung jiran mendapat tawaran yang lebih baik, jadi kami enggan menandatangani kontrak," kata Shen.
Menurut Shen, syarikat hartanah telah menampal poster amaran kepada penduduk tempatan tentang akibat bagi keluarga yang enggan pergi.
Mereka akhirnya berpindah keluar pada malam 21 November. Apabila tiba di Beijing, anaknya telah ditahan oleh polis dan didakwa atas tuduhan serangan.
Shen yang telah mengamalkan seni mempertahankan diri selama 20 tahun itu juga pernah memegang rekod dunia untuk tekan tubi paling banyak menggunakan penggelek. - AsyrafRingo/PjO
Lelaki Guna Kung Fu Bruce Lee Halau Samseng
Written By Unknown on 25.12.12 | 6:05 AM

Kolum:
global
1:05 AM
Enggan Beri Wang Perlindungan: Pemilik Restoran Nyaris Dipukul Samseng
Written By RR on 24.12.12 | 1:05 AM
KUANTAN: Seorang pemilik restoran nyaris dipukul tiga lelaki yang meminta 'wang perlindungan' dalam satu kejadian di Raub pada kira-kira 4.20 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, tiga lelaki berusia 30-an memasuki restoran mangsa dengan masing-masing membawa sebotol minuman keras, dan mereka dikatakan tidak mempedulikan pelanggan lain apabila terus berborak sambil meneguk minuman keras serta menikmati hidangan yang dipesan.
Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Wan Samsudin Wan Osman berkata mereka berang selepas ditegur mangsa kerana meneguk minuman keras di restorannya dan mengarahkan mangsa membayar RM240 sebulan sebagai wang perlindungan.
"Bagaimanapun, mangsa enggan menunaikan permintaan tiga samseng terbabit kerana tapak perniagaan mangsa sah diluluskan oleh Majlis Daerah Raub," katanya kepada pemberita, Sabtu.
Wan Samsudin berkata seorang daripada mereka cuba memukul mangsa selepas merosakkan pelbagai barangan dalam restoran itu namun sempat dihalang rakannya sendiri.
"Ketiga-tiga lelaki itu kemudian bertindak meninggalkan restoran itu dan mangsa membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Raub kira-kira pukul 7 pagi semalam," katanya sambil menambah polis akan mengambil langkah awal dengan mengadakan rondaan lebih kerap serta memantau keadaan di restoran mangsa. BERNAMA

nasional
10:05 PM
JAKARTA: Penyanyi dangdut dan aktres seksi Indonesia, Julia Perez akan dipenjarakan selama tiga bulan selepas Mahkamah Tinggi menyerahkan satu keputusan akhir berkaitan kes serangannya terhadap penyanyi, Dewi Persik.
“Mahkamah menolak rayuan defendan dan meluluskan rayuan pendakwa raya,” kata mahkamah dalam laman web, Khamis lalu.
Mahkamah Daerah Jakarta Timur pada Oktober 2011 mengumumkan hukuman penjara tiga bulan dengan tempoh percubaan enam bulan kerana menyerang Dewi yang juga penyanyi dangdut dan aktres.
Kedua-duanya yang mempunyai reputasi suka berbalah, terbabit dalam satu pergaduhan ketika mereka menjalani penggambaran filem seram, Arwah Goyang Kerawang.
Kedua-duanya saling bertepuk tampar dan mencakar antara satu sama lain sehingga pekerja filem terpaksa memisahkan keduanya.
Dewi melaporkan Julia yang juga digelar ‘Jupe’ kepada polis kerana menyerangnya, namun kedua-duanya berdepan perbicaraan berhubung insiden terbabit.
Dewi dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan empat bulan percubaan Mac tahun ini.
Julia dan pendakwa raya memfailkan satu rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini, yang mengekalkan hukuman itu. Kedua-duanya kemudian memfailkan rayuan akhir kepada Mahkamah Tinggi.
Keputusan Mahkamah Tinggi dibuat oleh sekumpulan hakim diketuai Artidjo Alkostar
Serang Rakan Artis: JuPe Akan Dipenjarakan 3 Tahun
Written By RR on 23.12.12 | 10:05 PM
![]() |
Julia Perez |

hiburan
8:05 PM
Ramai Ahli PAS Kecewa Dengan Perjuangan Parti Itu
KUALA TERENGGANU: Ramai anggota dan penyokong Parti PAS menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) akibat kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang tidak mengambil berat mengenai masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.
Seorang penyokong PAS dari Kuala Besut, Ahmad Ibrahim, 57, berkata beliau merasa kecewa kerana parti pembangkang itu tidak memberi perhatian terhadap masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.
"Saya cuba untuk bersuara kepada pemimpin di peringkat kawasan bagi mengatasi masalah penduduk, tetapi mereka kutuk saya dari belakang menyebabkan saya rasa kecewa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia di sini, pada Sabtu.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.
Ahmad berkata beliau meninggalkan parti itu sejak 1999 kerana kecewa dengan perjuangan PAS dan berjanji untuk memberi sokongan kepada BN.
Seorang lagi anggota PAS, Isa Idris, 68, berkata beliau menyertai Umno dan BN hasil daripada kesedaran apabila PAS negeri mengambil tindakan membubarkan PAS Kawasan Besut sebelum pilihan raya 1999.
"Saya juga kecewa dengan tindakan parti pembangkang itu atas beberapa perkara yang dicetuskan bersama parti pakatan pembangkang di mana mereka mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur, selain doa-doa yang dibaca oleh pemimpin mereka yang tidak sepatutnya diucapkan.
"Saya lihat penyokong Pas sekarang 'sudah sedar' sandiwara yang dimainkan parti itu dan ramai penyokong mereka akan menyertai Umno atau BN selepas ini," katanya yang mengetuai 210 anggota dan penyokong Pas dari Kuala Besut menyertai Umno.
Pada majlis itu seramai 310 anggota dan penyokong Pas dari Besut, Jabi (Setiu) dan Ru Redang (Marang) menyertai Umno serta berjanji membantu parti pemerintah memenangi pilihan raya umum akan datang. -BERNAMA

6:05 PM
Tumpaskan Thailand: Singapura Juara Piala AFF Suzuki Kali Keempat
KUALA LUMPUR: Singapura menamatkan penantian mereka untuk muncul juara buat kali keempat selepas lima tahun dengan menundukkan Thailand 3-2 secara agregat pada aksi final kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand malam Sabtu.
Skuad 'The Lions' sebelum ini mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand pada perlawanan final pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Rabu lepas.
Gol tunggal perlawanan pada malam ini dihasilkan penyerang Thailand, KiratiKeawsombut menerusi tandukan pada minit ke-45, jelas tidak membantu skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu untuk menghalang 'The Lions' dari mencatat kejuaraan kali keempat selepas muncul pemenang pada 1998, 2004 dan 2007.
Pasukan bimbingan Winfried Schafer ini wajar menyalahkan diri mereka sendiriselepas gagal menyempurnakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluanpada separuh masa pertama sehinggalah Kirati membuka tirai jaringan selepasbeliau menanduk masuk hasil sepakan sudut daripada Theerathon Butmathan.
Bersambung pada separuh masa kedua, Singapura mengekalkan corak bertahanyang kental menerusi gandingan dua pemain tinggi lampai Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett sehingga menyukarkan jentera serangan Thailand untuk menggandakan jaringan.
Thailand berpeluang untuk menambah gol pada minit ke-65 namun sepakan percuma daripada pemain tengah, Jakkapan Pornsai hanya sedikit melepasi pintu gol pasukan Singapura.
Strategi taktikal Schafer dengan memasukkan dua pemain tengah iaitu Chanathip Songkrasin dan Apipoo Suntornpanavej pada pertengahan separuh masa kedua juga tidak banyak membantu pasukan berkenaan yang kerap kehilangan bola kepada pemain The Lions.
Kekalahan berkenaan menyaksikan hasrat Thailand untuk meraih kejuaraan buatkali keempat tidak kesampaian selepas muncul pemenang pada 1996, 2000 dan 2002.
Skuad Harimau Malaya selaku juara bertahan gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas kalah 1-3 secara agregat kepada Thailand di perlawanan separuh akhir. BERNAMA
Skuad 'The Lions' sebelum ini mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand pada perlawanan final pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Rabu lepas.
![]() |
Pemain pasukan Thailand, Panupong Wongsa (kanan) merebut bola daripada pemain Singapura Mohammad Khairul Amari Kamal (kiri) pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki di Bangkok. |
Pasukan bimbingan Winfried Schafer ini wajar menyalahkan diri mereka sendiriselepas gagal menyempurnakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluanpada separuh masa pertama sehinggalah Kirati membuka tirai jaringan selepasbeliau menanduk masuk hasil sepakan sudut daripada Theerathon Butmathan.
Bersambung pada separuh masa kedua, Singapura mengekalkan corak bertahanyang kental menerusi gandingan dua pemain tinggi lampai Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett sehingga menyukarkan jentera serangan Thailand untuk menggandakan jaringan.
Thailand berpeluang untuk menambah gol pada minit ke-65 namun sepakan percuma daripada pemain tengah, Jakkapan Pornsai hanya sedikit melepasi pintu gol pasukan Singapura.
Strategi taktikal Schafer dengan memasukkan dua pemain tengah iaitu Chanathip Songkrasin dan Apipoo Suntornpanavej pada pertengahan separuh masa kedua juga tidak banyak membantu pasukan berkenaan yang kerap kehilangan bola kepada pemain The Lions.
Kekalahan berkenaan menyaksikan hasrat Thailand untuk meraih kejuaraan buatkali keempat tidak kesampaian selepas muncul pemenang pada 1996, 2000 dan 2002.
Skuad Harimau Malaya selaku juara bertahan gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas kalah 1-3 secara agregat kepada Thailand di perlawanan separuh akhir. BERNAMA
Kolum:
sukan
4:05 PM
BEIJING/ZHENGZHOU: China bakal mempunyai landasan kereta api laju terpanjang di dunia apabila laluan tren itu yang menghubungkan bandar raya ini dengan kota metropolitan Guangzhou, di selatan negara berkenaan dirasmikan minggu depan, kata beberapa pegawai semalam.
Landasan sepanjang 2,298 kilometer itu yang kini beroperasi, akan memulakan perkhidmatan penuh pada Rabu depan dengan laluan tersebut menjimatkan separuh masa perjalanan kereta api antara dua kota utama itu.
Perjalanan dengan kereta api laju antara dua bandar raya berkenaan kini mengambil masa kurang 10 jam pada kelajuan mencecah 300 kilometer sejam.
Laluan baharu itu memberikan peluang kepada Kementerian Kereta Api China yang dihimpit pelbagai skandal dan kesilapan untuk menebus maruahnya.
Pada Julai 2011, satu kemalangan kereta api laju meragut 40 nyawa dan mencetuskan kebimbangan berhubung tahap keselamatan laluan kereta api laju di negara berkenaan.
Beijing membelanjakan 2.3 trilion yuan (RM981 bilion) di bawah pelan lima tahun yang tamat pada 2015 untuk membangunkan sistem perkhidmatan kereta api laju di China. - Reuters
Keretapi Laju Terpanjang Bakal Beroperasi Di China

2:05 PM
Murid Tahun 5 Maut Dibaham Buaya
MIRI: Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Iran Suai maut selepas diserang seekor buaya dalam kejadian di Sungai Suai dekat sini pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa, Jerry Apat Angsa, 11, berasal dari Rumah Panjang Sulang Suai difahamkan turun ke sungai berkenaan bersama dua lagi rakannya untuk mandi.
Namun, niatnya tidak kesampaian selepas seekor buaya sepanjang empat meter dipercayai membaham paha kiri budak malang itu sebelum mengheretnya masuk ke tengah sungai.
Menurut sumber, berdasarkan keterangan rakan yang enggan dikenali, Jerry sempat membasuh bajunya di jeti sebelum diserang oleh reptilia ganas itu.
“Rakannya yang tergamam melihat badan mangsa dilambung dan ditarik buaya ke tengah sungai terus menyelamatkan diri dan berlari pulang ke kampung untuk memaklumkan kejadian kepada keluarga Jerry.
“Selepas menerima berita itu, bapa mangsa, Angsa Ludang, 45, bersama penduduk kampung bergegas ke lokasi kejadian namun kelibat buaya ganas tersebut sudah tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa, Jerry Apat Angsa, 11, berasal dari Rumah Panjang Sulang Suai difahamkan turun ke sungai berkenaan bersama dua lagi rakannya untuk mandi.
![]() |
ANGGOTA bomba dan penduduk melancarkan gerakan memburu buaya membaham Jerry di Sungai Suai, Miri semalam. Gambar kecil Jerry. |
Menurut sumber, berdasarkan keterangan rakan yang enggan dikenali, Jerry sempat membasuh bajunya di jeti sebelum diserang oleh reptilia ganas itu.
“Rakannya yang tergamam melihat badan mangsa dilambung dan ditarik buaya ke tengah sungai terus menyelamatkan diri dan berlari pulang ke kampung untuk memaklumkan kejadian kepada keluarga Jerry.
“Selepas menerima berita itu, bapa mangsa, Angsa Ludang, 45, bersama penduduk kampung bergegas ke lokasi kejadian namun kelibat buaya ganas tersebut sudah tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kolum:
nasional
PjO-TV
SENYUM PjO